Friday 13 July 2012

JENIS SALAD

Salad sayuran.

Proses menyediakan salad merangkumi pengetahuan pelbagai jenis sayuran hijau yang sesuai di gunakan sama ada sebagai alas kepada salad ataupun sebagai bahan asas salad itu sendiri. Pelbagai jenis daun salad boleh di gunakan untuk menambah warna hidangan. Sayuran berdaun hijau boleh dimanfaatkan sebagai acuan salad dan sebagai bahan asas untuk menghasilkan kepelbagaian.


Salad buah-buahan


Buah-buahan juga boleh di gunakan sebagai bahan untuk salad terutamanya salad untuk pencuci mulut. Salad ini biasanya di gaulkan dengan krim. Rasanya yang manis amat sesuai di jadikan sebagai penutup hidangan. Untuk menjadikan salad tersebut lebih menarik ia boleh di hidangkan dalam bekas daripada buah yang di keluarkan isinya seperti nenas dan tembikai.


Salad berprotein tinggi

Salad berprotein tinggi ialah salad yang menjadi hidangan utama,tujuannya adalah untuk mengenyangkan. Bahan-bahan yang tinggi proteinnya seperti daging,ayam dan makanan laut malah keju juga boleh digunakan. Kombinasi daging dan sayuran menghasilkan salad yang tinggi nilai pemakanannya. Chef salad adalah salad berprotein tinggi yang mempunyai keju,telur dan daging sebagai salah satu bahannya.


Salad bergelatin(serbuk/kepingan)

Salad jenis ini banyak menggunakan gelatin. Sebelum kita boleh menghasilkan produk gelatin yang baik,kita perlu memahami cara menyediakan gelatin. Terdapat dua tahap penyediaan gelatin :
- Melarutkan gelatin untuk menghasilkan larutan gelatin.
- Menyejukkannya untuk menghasilkan gel yang mempunyai tekstur yang di perlukan.
Gelatin tanpa perasa lebih kasar daripada gelatin berperasa dan gelatin perlu di rendam di dalam air sejuk sebelum di gunakan.Jumlah air yang di gunakan sekadar cukup untuk membasahi semua gelatin. Proses merendam ini di kenali sebagai bloom.apabila gelatin sudah mengembang dengan sekata ia dicairkan secara pendidihan berganda sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Masukkan ke dalam air panas dan di kacau supaya ia larut sepenuhnya. Gelatin yang baik adalah jernih dan mengekalkan bentuknya apabila di potong dan pada masa yang sama ia mestilah lembut.

No comments:

Post a Comment